* Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
* Pelajari ilmu syariat untuk menunaikan segala
perintah Allah SWT dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di
akhirat nanti.
* Ilmu
itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan
tenaga badan daripada kelemahan.
* Ciri
yang membedakan manusia dan hewan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia
yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.
* Bersungguh
– sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan
kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.
* Ilmu
yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai
ilmu itu akan sia-sia.
* Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja
telah memadai bagimu,
dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon?
Apakah ada yang meminta ampun?
Dan apakah ada yang bertaubat?”
itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon?
Apakah ada yang meminta ampun?
Dan apakah ada yang bertaubat?”
itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
* Ilmu yang pertama disebut ilham dan
hembusan dalam hati, ilmu yang kedua disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
* Jika berjumpa dengan orang
alim – ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita karena banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar